Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh di Menara DBKL, semalam.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) May 29, 2024
Kami bincang isu perubahan iklim dan peranan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyelengaraan… pic.twitter.com/Uwp2obZxI1
"Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Datuk Kamarulzaman Mat Salleh di Menara DBKL, pada Selasa.
"Kami bincang isu perubahan iklim dan peranan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyelenggaraan pokok di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, DBKL juga berhasrat untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang, selaras dengan usaha untuk menghijaukan bandar raya dan Malaysia secara amnya.
Pada 25 Mei lalu, beberapa kawasan di Kuala Lumpur khususnya sekitar Lembah Pantai dan Bangsar dilanda hujan lebat serta angin kencang hingga mengakibatkan insiden pokok tumbang dan bumbung bangunan terbang.