ITMAX raih kontrak pengawasan video dan papan tanda pemesejan video ITS DBKL bernilai RM105.3 juta

oleh Penyumbang Rencana|
ITMAX System Bhd telah diberikan Arahan Perubahan Kerja (VO) bernilai RM105.3 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

ITMAX dalam pada Jumaat berkata VO berkenaan meliputi lanjutan fasa satu bagi kontrak pengawasan video dan papan tanda pemesejan video (VMS) Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS).

Menurut kumpulan itu, fasa satu kontrak ITIS itu kini dilanjutkan sehingga 2029 berbanding tempoh yang ditetapkan sebelumnya iaitu pada 2026.

ITMAX terlibat terutama dalam membekal, memasang dan menyediakan sistem rangkaian ruang awam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya William Tan Wei Lun berkata kumpulan itu akan menambah baik penyelesaian dan sistem infrastruktur digital bersepadu sedia ada bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan memacu transformasi digital.

 

Bernama