Ambil gambar kemalangan - boleh dipenjara hingga 2 tahun di Jerman

oleh HEZERI SAMSURI|
Mengambil gambar atau video berkaitan kemalangan jalan raya adalah satu kesalahan menurut undang-undang Jerman.

Menurut undang-undang yang diumumkan di negara itu pada Mei 2017, merekodkan video atau mengambil gambar kemalangan jalan raya atau mangsa kemalangan boleh dianggap sebagai satu jenayah.

Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana platform kerana menurut undang-undang tersebut, perbuatan merekodkan gambar atau video kemalangan adalah satu kesalahan.

Kesalahan tersebut boleh mengakibatkan denda sehingga €1,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.

Akta itu dikuatkuasakan secara sah pada Julai 2020 di bawah Akta Jenayah 201 a StGb, Kod Jenayah Jerman.

Ia diwujudkan untuk melindungi hak peribadi mangsa yang terbabit di dalam kemalangan jalan raya.

* Sumber dari Trans.info

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini dan…
Berita Domestik
Pemandu tersebut dikatakan terlupa untuk menarik brek tangan kereta yang dipandu sehingga kenderaan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira…