Lupa tarik ‘handbrake’ jadi punca kemalangan

oleh Firdaus Razani|
Dua penunggang motosikal ditimpa nasib malang apabila menjadi mangsa kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu kereta yang tidak menarik brek tangan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pemandu tersebut dikatakan terlupa untuk menarik brek tangan kereta yang dipandu sehingga kenderaan tersebut mengundur sendiri.

Kejadian yang tular di laman Facebook itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong, dekat sini.

Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.

Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.

Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan parkir.

 

 

SUMBER : Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
"Tiada lokasi yang dikategorikan sebagai blackspot di Lebuhraya LPT1, tetapi lebih kepada lokasi…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan telur ayam yang…