Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.
1. Amaran awal agar anda tak terkejut!
- Waze akan memberi amaran sekiranya ada selekoh tajam, bonggol, plaza tol dan sebagainya di hadapan.
2. Jangan langgar petugas kecemasan!
- Anda akan diberitahu bahawa ada kenderaan kecemasan seperti ambulan, bomba atau polis yang berhenti di hadapan. Ini membolehkan anda memperlahankan kenderaan anda bagi memastikan petugas kecemasan dilindungi.
- Ciri ini sudah wujud untuk pengguna-pengguna di US, Kanada, Mexico dan Perancis. Ia akan diterima secara berperingkat di negara lain.
5. Ciri khusus untuk warga Bangi
- Ciri baharu ini akan memudahkan pemandu untuk memandu di bulatan dengan arahan yang lebih jelas, contohnya lorong mana yang terbaik dan di mana anda patut keluar.
- Untuk kawasan yang banyak bulatan tetapi penuh dengan pemandu yang gagal memahami fungsi bulatan (roundabout) seperti di Bangi, ini satu fungsi yang terbaik!
Waze walaubagaimanapun menyatakan bahawa amaran-amaran itu mungkin tidak akan keluar setiap masa anda memandu dan pemandu mesti sentiasa peka dan membuat keputusan yang bijak.