Ketua Polis Kuala Lumpur - Jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkongsian maklumat sekatan jalan raya (SJR) atau kehadiran polis di aplikasi Waze boleh mengganggu penguatkuasaan terhadap golongan pemandu ingkar.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, meskipun ada pandangan mengatakan perkongsian itu membuatkan pemandu lebih berhati-hati, ia menjadi 'halangan' dalam tindakan terhadap pemandu ingkar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung untuk memandu dalam keadaan berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

"Walaupun ia dilihat memberi manfaat kepada pemandu, namun dalam masa yang sama, ia menghalang penguatkuasaan terhadap pemandu yang ingkar terutamanya mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan kesalahan trafik lain," katanya.

 

Sebelum ini tular mengenai penggunaan aplikasi Waze yang menunjukkan Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya memberi kerjasama dengan tidak berkongsi maklumat SJR yang diadakan atau kehadiran polis di dalam aplikasi itu.

 

Menurutnya, nasihat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

 

Katanya, pengguna jalan raya harus sedar bahaya dihadapi disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk, melanggar lampu isyarat, memandu melawan arus dan lain-lain lagi.

 

- Tetiba teringat ayat "kita jaga kita" -

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Operasi Hormat Undang-Undang Fasa 1 telah mencatatkan jumlah saman keseluruhan sebanyak 174,390…
Berita Domestik
  Dalam satu sidang media, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.   "Satu kes…