Waze akan tampil ciri makluman bonggol atas jalan, lencongan tajam

oleh Penyumbang Rencana|
Kebanyakan pemandu pada hari ini amat bergantung kepada sistem navigasi dan ramai di antara kita merupakan peminat tegar aplikasi WAZE bagi mengetahui pelbagai perkembangan atas jalan raya dari kesesakan dan sebagainya.

Bergerak ke hadapan, Waze terus menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa perkara tambahan, termasuk berkaitan dengan lencongan yang tajam dan juga bonggol atas jalan.

Ini sekali gus memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar, dan tidak terkejut dengan bonggol yang besar di atas jalan secara tiba-tiba – terutamanya ketika waktu malam dan gelap.

Waze menyatakan ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di Android dan iOS bermula bulan ini.

 

- samada kemas kini terbaharu ini akan hadir di negara kita atau tidak, sama-sama kita nantikan -

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…