Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa 503 hp dan daya kilas 650 Nm - enjin sama dipadankan pada model M3 Competition.
Disebabkan oleh pakej yang jauh lebih praktikal berbanding M3 Sedan, tidak menghairankan apabila hampir separuh pembeli di UK lebih cenderung untuk membeli M3 Touring.
Menurut laporan CarThrottle, BMW telah menjual sebanyak 1,495 M3 Competition, di mana 46 peratus atau 690 unit terdiri daripada model wagon.
Secara keseluruhan, angka jualan model M3 dan M4 (4,536 unit) menguasai separuh daripada jumlah jualan keseluruhan model M di UK, dengan peningkatan sebanyak 19.4 peratus berbanding tahun 2022.
Jika dilihat dari sudut yang lebih besar, BMW telah pun mendaftarkan sebanyak 111,734 unit kenderaan baharu pada tahun lepas, dan empat peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada model-model berprestasi tinggi BMW M.
Sumber: CarThrottle