Data terkini di US buktikan bukan EV, tetapi genre lain yang banyak terbakar!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebakaran kenderaan bukan sesuatu yang baharu, malah ia adalah satu risiko yang sebenarnya wujud selagi ia menggunakan bahan api.

Kemudian muncul kereta elektrik atau EV, dan kes-kes kebakaran yang berlaku turut dikongsi oleh netizen dan kerana ia jarang kelihatan dan harganya mahal, peluang berita kebakaran EV untuk disebarkan dan menjadi viral juga tinggi.

Adakah EV lebih banyak terbakar? 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu yang dikongsi ialah artikel dan data yang hanya menunjukan jumlah kebakaran, bukan nisbah (1 dari 1,000 unit contohnya) kerana angka nisbah akan memberikan gambaran yang lebih jelas.

Satu lagi masalah yang wujud ialah kekurangan data kerana EV masih lagi baharu - tidak cukup kes untuk dibuat kajian yang lengkap, terutama di negara kecil seperti Malaysia.

Di Amerika Syarikat bagaimanapun, jualan EV dijangka akan mencecah sejuta unit dalam tahun ini dan walaupun peratusan penjualan EV di sana menurun sedikit sejak November lalu, ia dijangka akan meningkat kembali tahun 2025 dengan pengenalan model-model EV yang lebih mampu milik.

Terkini, sebuah artikel dari AutoInsuranceEZ yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang berjaya menerima angka-angka terkini dan juga nisbah kebakaran kenderaan menurut genre trenkuasa.

 

 

Di bawah ialah ringkasan dari artikel tersebut.

Nisbah kebakaran kenderaan menurut statistik dari National Transportation Safety Board (NTSB) di Amerika Syarikat yang terkini (artikel itu dikemaskini pada 19 Disember 2023) menunjukan kebakaran tertinggi dicatatkan oleh kenderaan hibrid dengan 3,474.5 kes untuk setiap 100,000 kenderaan yang terjual.

Ini diikuti dengan kenderaan menggunakan enjin petrol pada 1,529.9 kes dan EV menunjukan angka yang jauh lebih rendah, 25.1 kes.

Dari segi jumlah kebakaran, EV masih mencatatkan jumlah kes terendah, 52 kes berbanding dengan jumlah kes kenderaan petrol hampir 200,000 kes, diikuti oleh kenderaan hibrid pada 16,000 kes.

Jumlah kes panggil semula atau "recall" kerana risiko kebakaran juga menunjukan kenderaan berenjin petrol mempunyai jumlah tertinggi.

Kes "recall" berkaitan kebakaran ini menarik kerana risiko kebakaran dalam kes kenderaan hibrid dan EV adalah berpunca dari bateri, sementara di dalam kenderaan berenjin, risiko datang dari pelbagai punca termasuk kebocoran bahan api, masalah elektrikal dan juga dari sistem brek ABS.

Statistik dari National Fire Prevention Assosication (NFPA) pula memberikan jangkaan sebanyak 560 pengguna mati kerana kebakaran kenderaan, dan kebanyakannya berpunca dari kemalangan.

Kemalangan kenderaan juga menyebabkan kerugian berjumlah US$1.9 billion di Amerika Syarikat.

 

 

Artikel itu juga dengan jujur membincangkan bahawa walaupun punca kebakaran dari EV adalah yang paling kecil, kebakaran yang berpunca dari bateri lithium ion lebih sukar untuk dipadamkan dan pihak bomba tidak arif dengan cara memadamkan api dari punca itu.

Kes kebakaran bateri yang sudah dipadamkan tetapi kembali hidup (reignite) juga ada dilaporkan, bermakna pihak bomba perlu latihan dan kelengkapan khusus untuk memadamkan api dari bateri lithium ion.

Kenderaan enjin yang sudah berusia mempunyai risiko kebakaran yang lebih tinggi, tetapi statistik EV masih lagi terlalu rendah untuk menunjukan usia boleh menjadikan risiko kebakaran lebih tinggi atau tidak.

Artikel itu bagaimanapun menulis bahawa risiko kebakaran EV adalah lebih kerana pengecasan terlampau dan suhu yang tinggi ketika mengecas - dua punca yang tidak wujud pada kenderaan dengan enjin biasa.

 

 

Temuramah AutoInsuranceEZ dengan pakar-pakar di Amerika Syarikat juga membawa isu yang menarik.

Menurut mereka, walaupun kebakaran EV ada yang sukar dipadamkan, ia tidak bermaksud EV lebih merbahaya kerana jumlah kebakaran dari EV terbukti jauh lebih rendah.

Antara cara terbaik untuk memastikan EV kekal selamat ialah untuk memastikan ia dihantar untuk pemeriksaan berkala dengan pusat servis bertauliah.

Satu lagi risiko yang Careta rasa perlu ditambah ialah pemilik EV perlu lebih berhati-hati bila memandu EV melalui "speed bump" atau bonggol.

Ini ialah kerana walaupun ada plet besi yang melindungi pak bateri EV di bawah kenderaan, ia masih boleh tersiat jika terkena geseran kuat, seperti apa yang dipercayai berlaku kepada kes-kes pemilik EV Hyundai yang perlu membayar gantirugi kerana pek bateri mereka rosak kerana air masuk dan menyebabkan karat. 

Pengguna perlu memahami waranti hanya berfungsi jika kerosakan bukan diakibatkan oleh kesalahan pengguna.

 

 

Artikel itu turut membincangkan kes-kes kebakaran Tesla tetapi menurutnya, hanya lima kes kebakaran dilaporkan untuk jenama premium itu.

Pakar-pakar percaya mungkin ada kaitan antara kebakaran dan cara bateri lithium ion Tesla direka. Tesla berkata ia dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan kenderaannya.

Namun begitu, artikel itu juga berkongsi bahawa ada kajian dari dua universiti yang perlu dikaji dengan lebih teliti.

Kajian dari Universiti Tenesse menunjukan kebakaran EV berlaku dalam nisbah 3 dari 1,000 "start" (kenderaan dihidupkan sebelum bergerak).

Kenderaan petrol pula mempunyai nisbah 1 dari 10,000 "start".

Kajian dari Universiti California-Irvine juga mendapati satu pertiga dari kebakaran kenderaan di Amerika Syarikat adalah berpunca dari EV.

Namun begitu, sumber angka-angka statistik dalam kajian universiti itu tidak dapat disahkan sumbernya.

Apapun, artikel itu menulis bahawa EV memang semakin popular dan walaupun ia lebih selamat, namun begitu ia boleh menjadi lebih merbahaya sekiranya ada sesuatu yang tidak betul dengan EV itu. 

Untuk mengetahui lebih terperinci akan kajian yang dilakukan oleh AutoInsuranceEZ, lawati laman web mereka di autoinsuranceez.com

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…