8,349 unit kenderaan UMW Toyota Motor terjual bulan Julai

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
UMW Toyota Motor mengakhiri Julai dengan prestasi jualan kekal teguh apabila menjual 8,349 unit, merangkumi 8,200 unit jenama Toyota dan 149 unit Lexus.

Bagi tempoh bulan dikaji, jualan UMW Toyota Motor adalah 25.8 peratus lebih tinggi berbanding Julai 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Prestasi jualan bulanan positif itu menyaksikan angka jualan bagi tempoh Januari hingga Julai berada pada 57,008 unit, 8.5 peratus lebih tinggi berbanding 52,548 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran, berkata pertumbuhan berterusan dalam jumlah jualan syarikat itu adalah bukti daya tarikan kereta Toyota kepada pembeli yang menghargai prestasi dan kebolehpercayaan.

"Untuk mengembangkan lagi pengalaman memandu Toyota kepada lebih ramai pengguna, kami berbesar hati untuk menjadikan pemilikan Toyota lebih mudah diakses berbanding sebelum ini dengan pertumbuhan pusat jualan dan perkhidmatan kami serta perkhidmatan Extra Mile kami bersama-sama dengan promosi bulanan yang memudahkan pelanggan membeli dan memiliki Toyota," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin menurut laporan dari Berita Harian.

Sementara itu, pelanggan di Penampang, Sabah kini mempunyai akses yang lebih baik kepada perkhidmatan Toyota dengan Armada KK Automobile menaik taraf kemudahan kepada 3S (jualan, servis & alat ganti) berbanding 1S (jualan).

Pusat baharu itu dibuka secara rasmi di Batu 6, Jalan Penampang, menawarkan kemudahan Pusat Jualan & Servis kepada pelanggan di Penampang dan kawasan sekitarnya di Kota Kinabalu.

Pusat 3S baharu itu dilengkapi dengan 18 ruang servis untuk memenuhi keperluan pemandu Toyota.

Di Semenanjung Malaysia, penduduk Muar, Johor bakal memanfaat kehadiran pusat Toyota 4S baharu apabila E S Yang Motor, yang juga pengedar Toyota sejak 1994, secara rasmi membuka cawangan baharunya di Jalan Dato' Haji Kosai, menggabungkan cawangan 1S, 2S dan Badan & Cat yang diasingkan sebelum ini.

Bagi memenuhi keperluan pemandu Toyota, pusat 4S baharu itu menawarkan 14 ruang servis dan 20 ruang Badan & Cat.

Dalam pada itu, UMW Toyota Motor menawarkan promosi bulanan sehingga 100 peratus pinjaman untuk pembelian Toyota serba baharu.

Untuk kemudahan pembelian, pelanggan boleh memilih pilihan pelan ansuran serendah RM628 sebulan untuk Toyota Yaris.

Pada masa yang sama, pembeli boleh menikmati promosi yang menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 apabila mereka membeli Toyota Camry baharu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…