Semasa kejadian, kedua-dua mangsa menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hendak keluar dari sebuah kawasan ladang dengan membawa muatan kelapa sawit.
Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dilaporkan tergelincir dan jatuh terbalik ke dalam tali air di bahagian kiri jalan sebelum tenggelam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Asmahisham Ab Aziz berkata, laporan awal diterima pada jam 11.37 pagi memaklumkan terdapat dua mangsa melibatkan pemandu dan penumpang hadapan kenderaan.
Katanya, kedua-dua mangsa itu bagaimanapun tidak tersepit.
"Pegawai operasi telah membuat size up bagi memastikan tiada keadaan membahayakan sebelum mengarahkan anggota memberi bantuan mengeluarkan mangsa dari kenderaan.
"Mangsa berjaya di bawa ke atas tebing dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.