Insiden Latam Airlines terjunam mungkin disebabkan kesilapan di kokpit

oleh Penyumbang Rencana|
Penerbangan Latam Airlines Boeing 787 Dreamliner yang mengalami insiden 'terjunam' hingga menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan pada awal minggu lalu mungkin berpunca daripada kesilapan yang berlaku di bahagian kokpit, dan bukannya permasalahan enjin pada jet Boeing itu, menurut laporan The Wall Street Journal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan Jurnal, yang memetik pegawai industri Amerika Syarikat telah pun memberi taklimat mengenai bukti awal daripada penyiasatan insiden itu, berkata bahawa seorang kaki tangan penerbangan mungkin tersilap menekan suis di tempat duduk juruterbang semasa menghidangkan makanan, secara tidak sengaja menyebabkan ciri bermotor itu menolak juruterbang ke mod kawalan sehingga 'hidung' pesawat menjunam ke bawah. Walau bagaimana pun juruterbang berjaya mengawal keadaan dan mendarat pesawat dengan selamat.

Boeing mengesahkan laporan Wall Street Journal pada Jumaat bahawa mereka telah memberi nasihat pada petang Khamis kepada syarikat penerbangan yang mengendalikan 787 Dreamliner, "dengan arahan supaya memeriksa dan menyelenggara suis [kerusi kokpit]."Mereka berkata ia telah menghantar notis perkhidmatan serupa kepada syarikat penerbangan pada 2017.

"Kami mengesyorkan syarikat pengendali penerbangan melakukan pemeriksaan semasa jadual penyelenggaraan seterusnya," katanya.

American Airlines telah mula memberitahu juruterbangnya bahawa ia telah "mengenal pasti potensi bahaya" dengan suis di belakang tempat duduk juruterbang yang dipasang pada Dreamliners. 

Ia berkata semua pengendali kokpit perlu diberi taklimat mengenai "kepentingan untuk tidak menggunakan suis di bahagian atas belakang tempat duduk juruterbang apabila tempat duduk itu diduduki," menurut notis yang diperoleh CNN.

Sehingga 2022 syarikat penerbangan itu mempunyai hampir 48 pesawat Boeing 787 Dreamliner yang beroperasi.
 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia selepas pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia kehilangan altitud…
Berita Global
  Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu bergerak di landasan, terbakar dan…