Bas terjunam dari jambatan, lebih 30 maut (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Sekurang-kurangnya 34 maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di tengah Kenya, kata seorang pegawai tempatan pada Isnin.


Kemalangan berlaku lewat Ahad ketika bas itu dalam perjalanan dari bandar Meru ke bandar pesisir Mombasa.

Bas itu terjunam dari jambatan kira-kira 40 meter ke lembah Sungai Nithi.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Gambar yang diterbitkan dalam media tempatan menunjukkan bas itu remuk selepas menuruni cerun curam dengan laporan mengatakan serpihan dan mayat berselerakan di dalam air serta tebing sungai.

 

Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Kebangsaan (NTSA) berkata dalam satu kenyataan di Twitter bahawa 33 orang meninggal dunia dan ia telah menghentikan operasi syarikat bas terbabit.

 

"Siasatan menyeluruh terhadap nahas dan penilaian standard operasi keselamatan pengendali sedang dijalankan," tambahnya seperti dilaporkan AFP.

 

Pesuruhjaya Daerah, Norbert Komora kemudian berkata, jumlah kematian meningkat kepada 34 orang.

 

"Terdapat 45 orang di dalam bas. Kami masih mencari tiga daripada mereka," tambahnya.

 

Video di bawah ini:

 

 

- Agensi
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kematian Muhammad…
Informasi
"Kami berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga…
Informasi
"Pada awal tahun ini, laluan yang telah dikenakan caj RM1 meliputi laluan 1 (hijau), 2 (ungu), 3 (…