Kawasaki Ninja e-1, Z e-1 mula dijual di Jepun 2024, harga dari RM32k

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motor Japan sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk menjual motosikal elektrik di negara Matahari Terbit.

AION MREC Banner Campaign May 2024

Kini, pengeluar tersebut telah mengumumkan tarikh penjualan bagi dua model motosikal elektrik, iaitu Ninja e-1 dan Z e-1, iaitu pada 13 Januari 2024.

Harga jualan pula bermula dari 1,012,000 yen (RM32,361) untuk model Z e-1, sementara Ninja e-1 pula bermula dari 1,067,000 yen (RM34,120).
 

z


Difahamkan, harga jualan tersebut adalah termasuk dengan pakej dua unit pek bateri, sementara pengecas dan penyesuai pula dijual berasingan.

Kedua-dua Ninja e-1 dan Z e-1 dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan output maksimum 12 PS dan daya kilas 40 Nm.

Dengan dua unit bateri lithium-ion 30 Ah, ia mampu membenarkan jarak gerak sejauh 55 km untuk Ninja e-1, dan 53 km untuk Z e-1.
 

ninja


Ciri lain yang dimuatkan termasuklah fork hadapan teleskopik 41 mm, suspensi belakang Uni-Trak, casis trellis frame berdasarkan motosikal 400 cc, fungsi e-boost yang dapat menambah daya pecutan dan kelajuan tertinggi dalam tempoh 15 saat, mod Walk dengan kelajuan 5 km/j serta fungsi mengundur pada kelajuan 3 km/j.

Segala info boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci, sementara bahagian atas ruang bateri pula mampu memuatkan barangan sebesar lima liter.

Baca: Kawasaki Ninja e-1, Z e-1 mendarat di Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua tersebut merupakan unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, menjadikan Kawasaki Indonesia…
Berita Global
Dalam masa yang sama, laman Visor Down turut melaporkan kedua-dua jentera sifar emisi itu dijangka…