Motosikal elektrik Kawasaki Ninja e-1, Z e-1 bakal dijual di Jepun, UK

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motor Japan dalam satu kenyataan mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan motosikal elektrik pertama mereka, iaitu Ninja e-1 dan Z e-1 untuk pasaran negara Matahari Terbit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, laman Visor Down turut melaporkan kedua-dua jentera sifar emisi itu dijangka akan tiba di pasaran UK pada bulan hadapan.

Mengikut spesifikasi, kedua-dua Ninja e-1 dan Z e-1 itu membawakan trenkuasa motor elektrik tunggal berkuasa 6.7 hp/40 Nm (maksimum 12.1 hp) yang dipadankan dengan unit bateri berkembar.
 

ninja


Menurut Kawasaki, setiap satu unit bateri 30Ah (kapasiti keseluruhan 60Ah) tersebut adalah seberat 11.5 kg dan dihubungkan secara selari yang memberikan kelebihan dari segi penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Kadar penggunaan tenaga adalah sekitar 49Wh/km, dengan jarak gerak sejauh 61.7 km.

Unit bateri mudah alih itu memerlukan masa 3.7 jam untuk dicas sepenuhnya.
 

z e-1


Terdapat dua mod tunggangan, iaitu Eco dan Road.

Dalam mod Eco, Ninja e-1 mampu mencapai kelajuan setinggi 64 km/j, atau sehingga 75 km/j menggunakan mod E-Boost, sementara dalam mod Road pula ia mampu mencecah 88 km/j, atau sehingga 99 km/j menggunakan E-Boost.

Sementara Z e-1 pula boleh mencapai kelajuan mod Eco sehingga 62 km/j (72 km/j menggunakan E-Boost), sementara mod Road pula membolehkannya bergerak sepantas 85 km/j (99 km/j guna E-Boost).
 

Z


Spesifikasi kedua-dua jentera elektrik ini adalah sama, di mana Ninja e-1 dan Z-1 menggunakan kerangka keluli trellis, sistem brek cakera 290 mm depan/220 mm belakang, diikuti suspensi fork teleskopik 41 mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang dengan larasan pra-beban.

Setakat ini harga jualan masih lagi belum diumumkan.

Sumber: Car Watch, Visor Down

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pengeluar tersebut telah mengumumkan tarikh penjualan bagi dua model motosikal elektrik,…
Berita Global
Kedua-dua tersebut merupakan unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, menjadikan Kawasaki Indonesia…