Kawasaki Ninja e-1, Z e-1 mendarat di Indonesia, dari RM44k

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motor Indonesia baru sahaja melancarkan dua motosikal elektrik, Ninja e-1 dan Z e-1, menurut laporan TMC Blog.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua tersebut merupakan unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, menjadikan Kawasaki Indonesia sebagai pengeluar motosikal Jepun pertama yang melancarkan produk sport berkuasa elektrik.
 

Z


Spesifikasi kedua-dua jentera elektrik ini adalah sama, di mana Ninja e-1 dan Z-1 menggunakan kerangka keluli trellis, sistem brek cakera 290 mm depan/220 mm belakang, diikuti suspensi fork teleskopik 41 mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang dengan larasan pra-beban.

Dari segi kuasa, Ninja E-1 dan Z e-1 dibekalkan dengan motor elektrik tunggal 6.7 hp/40 Nm (kuasa maksimum 12.1 hp) yang dipadankan dengan unit bateri berkembar 60Ah.
 

ninj


Untuk sekali cas penuh, Ninja dan Z e-1 mampu bergerak sejauh 66 km, dengan tempoh pengecasan 3.7 jam untuk setiap unit bateri.

Pemilik juga boleh mengecas bateri tersebut menggunakan tiga kaedah, iaitu pengecasan secara terus, pengecasan menggunakan dok yang disediakan atau menggunakan kabel secara terus ke port di bahagian bawah pelana belakang.
 

Z


Difahamkan, Ninja dan Z e-1 turut mempunyai satu unit bateri 12V berasingan untuk operasi nyalaan lampu dan skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci.

Terdapat dua mod tunggangan yang disediakan, iaitu Road dan Eco.

Dalam mod Road, Ninja e-1 mampu mencapai kelajuan 88 km/j sementara Z e-1 pula 85 km/j. Namun di dalam mod Eco, Ninja e-1 dihadkan kepada 64 km/j diikuti Z e-1 pada 62 km/j.
 

boost


Terdapat juga fungsi e-boost yang mampu meningkatkan tenaga dalam tempoh 15 saat, di mana Ninja e-1 boleh mencecah kelajuan tertinggi 105 km/j (75 km/j dalam mod Eco), manakala Z e-1 pula mencapai 101 km/j (72 km/j dalam mod Eco).

'Tangki bahan api' yang wujud pada kedua-dua motosikal elektrik ini sebenarnya merupakan bukan sahaja tempat meletakkan bateri, akan tetapi boleh bertindak sebagai ruang penyimpanan barang sebesar lima liter.

Di pasaran Indonesia, Kawasaki Ninja e-1 dijual pada harga 149.9 juta Rupiah (RM45,287), sementara Z e-1 pula berharga 146.9 juta Rupiah (RM44,381).

Sumber: TMC Blog

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk memastikan penawaran tersebut lebih malar segar, Kawasaki Motor Indonesia baru-baru ini…