Dua produk G-SHOCK ditawarkan, iaitu GM-B2100LL dengan harga jualan RM4,795 berdasarkan model GM-B2100, dan GA-110LL berharga RM965 menggunakan asas daripada GA-110.
Jam GM-B2100LL membawakan ciri seperti kemasan emas kusam pada bahagian bezel dan sebahagian daripada tali jam, diikuti dengan aksen biru cair pada bahagian dial, dan paparan LCD juga berwarna biru.
Dengan berat sekitar 165 g, GM-B2100LL menawarkan sokongan sambungan Bluetooth tenaga rendah, 38 zon masa dunia, sistem pengecasan Tough Solar, dan sistem pencahayaan LED Super Illuminator.
Sementara jam GA-110LL yang diinspirasikan daripada watak Jinx pula menampilkan gandingan warna hitam, kuning dan juga merah jambu, diikuti paparan LCD masa berwarna merah jambu, serta tali jam yang bercorak.
GA-110LL turut mempunyai ketahanan kalis air sedalam 200 meter, fungsi jam randik dan jam penggera, 29 zon masa dunia, ketahanan bateri selama dua tahun serta fungsi unik kalis magnet (ISO 764).
Para pengikut League of Legends boleh mendapatkan jam tangan istimewa ini di Casio E-Commerce, kedai sah G-SHOCK, G-Factory serta pengedar sah di seluruh negara.