Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The Game" dan aksen emas pada bahagian muka jam.
Pada bahagian penutup belakang casis pula membawakan ukiran logo "World Champions".
Setiap pembelian disertakan dengan bekas penyimpanan besi berbentuk bulat dengan kemasan warna emas, serta kotak pembungkusan istimewa, dengan harga jualan RM695.
Menggunakan asas daripada G-SHOCK DW-5600, jam tangan edisi khas TITAN 22 ini mengekalkan ciri seperti kalis air sedalam 200 meter, skrin paparan masa yang sangat asas, fungsi jam randik, kiraan masa menurun, sistem pencahayaan Electro-luminescent, serta bateri boleh bertahan selama dua tahun.