G-Shock G-D001 - hanya satu unit di dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kegilaan dunia kepada jam G-Shock sudah terbukti di mana selepas 40 tahun, ia masih didambai oleh ramai.

Sempena sambutan ulangtahun produk paling bernilai syarikat Casio ini, ia menghasilkan satu jam istimewa khusus untuk menandakan hala tuju rekabentuk G-Shock.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam G-D001 ini dihasilkan menggunakan rekabentuk generatif hasil teknik rekabentuk bantuan komputer (CAD) yang turut membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi proses yang lebih optimum.

Menurut Casio, struktur luar logam sepenuhnya itu berbentuk organik dan dihasilkan dengan bantuan AI dan pasukan rekabentuk mereka sendiri.

 

 

Emas kuning 18-karat digunakan untuk pembuatan badan, "bezel" dan tali jam tersebut yang kemudiannya digilap oleh pakar-pakar dari Casio menggunakan tangan.

Hasil senibina dan pertukangan yang cukup tinggi itu memberikan G-D001 kilauan yang mendalam, dan tidak pernah dilakukan untuk sebuah jam tangan lasak.

Sayangnya, hanya satu unit dihasilkan dan ia tidak akan dijual.

 

gshock gold 1

 

gshock 2

 

gshock 3

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…