Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen tersebut telah memenangi perjalanan berbayar untuk dua orang bagi menyaksikan perlumbaan ketahanan 8 jam, Bahrain World Endurance Championship 2023 pada 4 November 2023.
Sepanjang kempen selama empat bulan itu, pelanggan yang membeli dan mendaftar Peugeot mereka telah layak menyertai kempen itu apabila mereka membeli mana-mana model Peugeot terpilih seperti Peugeot 2008, Peugeot 3008, Peugeot 5008 dan Peugeot Landtrek, serta menyerahkan slogan kreatif.
Ketua Jualan Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, Michael Chen berkata, “Kami gembira dengan sambutan terhadap kempen 'Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain', yang telah berlangsung selama empat bulan."
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang bertuah dan terima kasih atas sokongan anda dalam membeli PEUGEOT idaman anda."
"Kempen ini adalah sebahagian daripada objektif kami untuk berkongsi pengalaman jenama eksklusif membeli Peugeot dan warisannya di dalam sukan permotoran.”