Stellantis ambil alih jenama Peugeot dari Bermaz

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan akan mengambil alih hak pengedaran dan jualan jenama Peugeot daripada naungan Bermaz Auto Alliance, serta membentuk syarikat jualan baharu pada suku pertama 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi penjualan kenderaan menerusi rangkaian pengedarnya, selain meneruskan perkhidmatan servis, alat ganti, waranti dan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia.

Syarikat jualan baharu yang bakal ditubuhkan Stellantis itu akan diketuai oleh Jamie Francis Morais, Ketua Selepas Jualan semasa bagi operasi ASEAN & Pengedar Am Stellantis.

Beliau mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam jenama terkenal termasuklah Toyota, BMW, Nissan dan Proton, selain mempunyai latar belakang yang merangkumi operasi berbeza termasuklah perkhidmatan pelanggan, kualiti, jualan dan latihan.
 

peugeot


Selain daripada pengambilalihan Peugeot, Stellantis juga bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak jenama baharu di bawah portfolio syarikat tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez berkata, "kami berbesar hati untuk mengumumkan strategi perniagaan baharu bagi menyediakan lebih banyak produk dan perkhidmatan untuk pasaran Malaysia.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Bermaz Auto atas sumbangan syarikat tersebut dalam mewujudkan kehadiran kukuh jenama Peugeot di Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang lepas.

“Bermaz Auto yang menjadi rakan kongsi penting dan telah membina asas kukuh jenama PEUGEOT di Malaysia sejak Disember 2020, akan memberi sokongan padu terhadap peralihan kami dalam pembentukan NSC.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, dan pasukannya di atas segala apa yang telah dilaksanakan Bermaz Auto dalam membangun jenama Peugeot seperti yang dicapai ketika ini,” tambah Gonzalez.
 

stellantis


Stellantis mempunyai cita-cita yang besar untuk rantau ASEAN, dan kini sedang menilai potensi kilang pemasangan di Gurun, Kedah sebagai hab pembuatan serantau untuk produksi kenderaan elektrik bateri (BEV) yang akan dipasarkan di Malaysia serta eksport ke pasaran ASEAN.

Untuk tempoh beberapa tahun akan datang, Stellantis telah melabur lebih RM2 bilion untuk memperkenalkan platform STLA Medium yang membolehkan pelbagai jenis kenderaan berbilang tenaga (BEV, ICE, MHEV), serta mewujudkan program pemasangan tempatan untuk jenama seperti Jeep dan Citroen.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…