BERMAZ AUTO ALLIANCE BERHENTI JUAL KENDERAAN PEUGEOT

oleh Firdaus Razani|
Hari ini, Bermaz Auto Alliance (BAA) mengumumkan menghentikan operasi perniagaan serta pengurusannya berkenaan jenama kenderaan Peugeot yang berkuat kuasa pada 29 Februari 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan selepas tiga tahun sejak penubuhannya untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas jualan kenderaan Peugeot di Malaysia dan sebagai pembaik pulih sah untuk jenama Citroen & model DS.

Perkara ini adalah berikutan dengan keputusan dan pengumuman pada 22 November 2023 lalu oleh Stellantis N.V untuk menguruskan jenamanya di pasaran Malaysia melalui syarikat jualan nasionalnya sendiri.

Dengan pemberhentian operasi tersebut, BAA tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatan kepada pelanggan Peugeot seperti yang diharapkan.

Oleh itu, BAA merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan terhadap perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang diberikan oleh BAA sepanjang tempoh operasi.

BAA juga telah bersetuju untuk memindahkan program Penyelenggaraan Perkhidmatan Percuma (FSM) berkontrak kepada Stellantis N. V. secara keseluruhan.

Oleh itu, semua FSM yang akan datang akan dijalankan melalui rangkaian yang dilantik oleh Stellantis N.V.

Untuk maklumat yang lebih terkini, pelanggan boleh merujuk kepada Stellantis N. V atau menghubungi nombor bebas tol sokongan pelanggan mereka di 1800-18-7852 atau e-mel kepada [email protected] untuk penjelasan mengenai sebarang kebimbangan.

 

bermaz

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…