Kia panggil semula 18,244 Stinger 2.0T di US, pam bahan api bermasalah

oleh Mohamad Hanif|
Kia Amerika Syarikat memanggil semula kira-kira 18,244 unit sedan Stinger model tahun 2018-2021 berpunca daripada kecacatan pembuatan pada pam bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di atas lebuh raya, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

Menurut laporan, kesemua unit Stinger itu dilengkapi dengan enjin Theta II 2.0 liter yang dibina antara 29 September 2017 hingga 20 Januari 2021.
 

Kia


Masalah itu mula dikesan pada Mei 2023, di mana Kia menyedari terdapat sebilangan besar tuntutan penggantian komponen melibatkan pam bahan api bertekanan tinggi kereta tersebut.

Setelah beberapa ujian dibuat, Kia memutuskan masalah tersebut datangnya daripada jajaran pelocok injap kawalan bahan api yang tidak tepat dan boleh menyebabkan kehausan yang tidak sekata.

 

kia


Lama kelamaan, ia mampu mengakibatkan tekanan yang berlebihan pada pam, dan menyebabkan campuran bahan api-udara yang terlalu tinggi yang boleh menghalang enjin daripada beroperasi dengan betul.

Setakat ini, terdapat 80 buah sedan Stinger yang mempunyai pam bahan api yang bermasalah, dan Kia menjangkakan ia akan menjejaskan satu peratus daripada keseluruhan 18,000 Stinger yang terlibat di dalam kempen panggil semula ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…