Masalah vendor punca 600 unit Omoda 5 dipanggil semula

oleh HEZERI SAMSURI|
Masalah yang berpunca dari alat kimpalan yang tidak ditentukur (calibrate) dengan tepat didapati menjadi punca kegagalan gandar belakang Chery Omoda 5 tempohari.

Menurut laporan rasmi Chery Auto Malaysia (CAM), siasatan yang dilakukan oleh CAM dan syarikat induk mereka mendapati insiden kimpalan itu terjadi ketika vendor menggantikan penghujung (tip) alat mesin kimpalan berautomat (automated) yang sudah haus kepada yang baharu, tetapi tidak ditentukur dengan tepat.

Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah itu dikenal pasti berada di Malaysia.

CAM bagaimanapun mengambil langkah berjaga-jaga dan memanggil semula 600 unit Omoda 5 melalui kempen servis khusus untuk memeriksa unit-unit yang dipasang dengan gandar-gandar yang dihasilkan antara 14 ke 17 Ogos 2023.

CAM juga menyediakan satu laman web untuk membenarkan pemilik Chery Omoda 5 memeriksa samada kenderaan mereka terbabit atau tidak.

Apa yang diperlukan ialah pemilik memasukan nombor casis kenderaan mereka (VIN) ke dalam laman web di bawah.

https://www.chery.my/chery-product-update

Sehingga semalam, CAM juga sudah berjaya menghubungi 32 dari 60 pemilik yang benar-benar terlibat.

CAM akan mengumumkan peringatan kempen itu setiap minggu dengan berkongsi jumlah kenderaan yang sudah diganti dengan komponen yang terbabit.

Untuk informasi lanjut, hubungi Chery Malaysia Customer Careline di +603 - 2771 7070 (Isnin - Jumaat, 8.30am - 5.30pm)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kedatangan semula Freelander sebagai sebuah jenama akan…
Berita Global
Sebanyak 10,064 unit Jaecoo 7 didaftarkan sepanjang bulan tersebut, mengatasi Puma (9,193 unit),…
Berita Global
Menurut laporan, model pertama jenama Freelander ialah SUV besar sekitar 5.1 meter dan akan…