Mereka juga turut memaklumkan tempahan sudah pun dibuka namun jumlah sebenar Hayabusa 25th Anniversary Edition yang bakal dibawa masuk itu tidak dapat dipastikan.
Kira-kira seminggu yang lepas, Suzuki telah mengumumkan kemunculan Hayabusa edisi ulang tahun, di mana ia membawakan perubahan seperti skema warna dua tona, komponen yang disalut emas anodiza, tempat duduk tunggal, lencana ulang tahun, serta ukiran perkataan Jepun pada rantai dan peredam ekzos.
Hayabusa 25th Anniversary masih lagi mengekalkan nadi empat silinder sebaris 1,340 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 190 PS @ 9,700 rpm dan daya kilas 150 Nm @ 7,000 rpm.
Suzuki walau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah angka produksi sebenar yang diperuntukkan untuk model Hayabusa 25th Anniversary Edition ini.