5 FAKTA MENARIK TENTANG SUZUKI HAYABUSA

oleh Penyumbang Rencana 2|
Bila bercerita tentang Suzuki Hayabusa, hampir semua peminta motosikal di seluruh dunia tahu tentang bertapa agungnya nama Hayabusa ini di arena permotoran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sedar tak sedar, sudah 22 tahun Suzuki Hayabusa berada di pasaran sejak pengenalannya pada tahun 1999. 

Sedikit pengenalan tentang Suzuki Hayabusa ini, ia diproduksikan bermula tahun 1999 sehingga tahun 2007 bagi generasi pertama. Generasi kedua pula mula diproduksikan pada tahun 2008 sehingga 2020.

Di dalam 22 tahun produksi Hayabusa, bermacam-macam proses naiktaraf dilakukan oleh pihak Suzuki untuk memastikan motosikal ini kekal relevan di dalam pasaran. Walaupun ia dikenali dengan kelajuannya, namun pihak Suzuki tidak berkompromi dengan aspek-aspek teknikal lain seperti pengendalian, keselesaan, ketahanan dan juga penggunaan bahanapi. Semua aspek diambil berat dengan teliti.

Disebabkan faktor-faktor ini jugalah Suzuki Hayabusa menjadi antara motosikal kuasa besar yang popular di dunia. Model generasi pertama sahaja mencatatkan jualan melebihi 100,000 unit di seluruh dunia!

Sekarang kita pergi ke 5 Fakta Menarik tentang Suzuki Hayabusa.

 

"Hayabusa"

Hayabusa
sumber gambar: National Geographic Kids


Fakta menarik pertama adalah nama "Hayabusa" itu sendiri. "Hayabusa" merupakan nama di dalam Bahasa Jepun bagi Burung Falko Belalang atau Bahasa Inggerisnya Peregrine Falcon. Nama saintifiknya ialah Falcon Peregrinus. Burung ini merupakan burung pemangsa dimana sifatnya hakikinya akan melakukan junaman berkelajuan tinggi bagi memburu mangsanya.

Burung ini juga merupakan antara binatang yang terpantas di dunia dimana ia mampu melakukan junaman dengan kelajuan kira-kira 320 km/j. Kelajuan tertinggi direkodkan oleh pihak National Geographic bagi burung ini adalah sekitar 389 km/j. Hebat bukan? Korang bayangkan bergerak selaju 389 km/j tanpa memakai helmet serta Visor. Buruk rupanya muka tu.

Jadi, dari sini lah Suzuki Hayabusa mendapat nama. Dan nama ini memang sesuai dengan karakter motosikal ini yang sangat laju.

 

Motosikal Pertama Memecahkan Rekod Kelajuan Melebihi 300km/h

Hayabusa
sumber gambar: Cycle World


Ketika diperkenalkan pada tahun 1999, Suzuki Hayabusa merupakan motosikal pertama yang mencatat kelajuan tertinggi melebihi 300 km/j. Sekaligus menjadikan motosikal ini sebagai motosikal produksi terlaju di dunia. Kelajuan tertinggi yang dicatatkan adalah 312 km/j dengan enjin yang berkuasa 173hp dan daya kilas sekuat 135Nm. Berat kasar pula dalam lingkungan 250kg.

Secara tidak langsung, ia juga merampas takhta daripada Honda CBR1100XX Super Blackbird. Ketika ini kelajuan yang dicatatkan Super Blackbird adalah 290km/h. Sebelum kemunculan Suzuki Hayabusa, pasaran motosikal dengan kelajuan tertinggi dikuasai oleh Honda CBR1100XX Super Blackbird, Kawasaki Ninja ZX-11 dan Bimora YB8 Furano.

Selepas kemunculan Suzuki Hayabusa, tenggelam terus nama ketiga-tiga motosikal tersebut.

 

Gentlement Agreement pada tahun 2000

Hayabusa
laju-laju nak pi mana? 


Disebabkan kegusaran larangan untuk mengeksport motosikal ini ke peringkat global, satu persetujuan tidak rasmi dimeterai okeh pengeluar motosikal Jepun dan Eropah yang dipanggil Gentlement Agreement pada tahun 2000.

Hal ini kerana terdapat ura-ura yang Kawasaki mahu memecahkan rekod yang dibuat oleh Suzuki Hayabusa melalui model Kawasaki ZX-12R mereka. Namun begitu, niat Kawasaki ini tidak kesampaian apabila mereka akur dengan syarat dan terma Gentlement Agreement. Fungsi Gentlement Agreement ini bukan sekadar untuk menakutkan pengeluar sahaja. Namun ia melibatkan banyak faktor terutamanya faktor keselamatan.

Disebabkan Gentlement Agreement ini juga, model Suzuki Hayabusa yang dikeluarkan pada tahun 2000 dihadkan kelajuannya menjadi 299km/h sahaja. 

Oleh yang demikian, hanya model 1999 sahaja  yang mampu memecah tembok 300km/h tanpa sekatan. Hal ini menjadikan model tahun 1999 menjadi buruan peminat motosikal di seantero dunia. Ini baru "Rare"!

 

Digunakan Oleh Pihak Polis

Hayabusa


"If U cannot beat them, join them". Mungkin ayat ini sesuai digunakan bagi situasi ini.

Pada tahun 2006, salah satu divisi pihak polis di USA iaitu Oklahoma Highway Patrol (OHP) mengubahsuai beberapa unit Suzuki Hayabusa yang dirampas menjadi motosikal peronda.

Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah ciri-ciri seperti "Radar", "Police Lights", "Siren" dan juga di cat dengan "Livery" polis. Disebabkan penerimaan yang baik oleh ramai, pihak OHP kemudian menambah bilangan Suzuki Hayabusa untuk kegunaan anggota mereka.

Tidak terhad di USA, di United Kingdom pula Suzuki Hayabusa digunakan oleh pihak Humberside Police bagi tujuan mengejar motosikal berkuasa tinggi yang melebihi had laju kelajuan. Suzuki Hayabusa yang digunakan ini turut dilengkapi dengan sistem "Speed Detector". 

Bayangkan tengah syok bawa Yamaha YZF-R6 tiba-tiba ada Hayabusa dekat tepi suruh berhenti. Berhenti je lah. Nak lari memang rak dapat.

 

Enjin Hayabusa Digunakan Oleh Kereta

Hayabusa
Sumber: Wikipedia


Disebabkan reputasi enjin Suzuki Hayabusa yang berkuasa tinggi. Pihak Radical Sportscar yang merupakan syarikat pengeluar jentera berkuasa tinggi dari UK menggunakan asas enjin Suzuki Hayabusa bagi menggerakkan model Radical SR8 mereka. Pihak Radical Sportscar mengubahsuai enjin Suzuki Hayabusa dengan menggunakan blok enjin V8 buatan mereka dengan kepala silinder enjin Suzuki Hayabusa. Enjin ini lalu menghasilkan kiasa sebanyak 400hp dan daya kilas sekuat 339Nm.

Jentera Radical SR8 ini menjadi jentera produksi terpantas di litar Nurburgring Nordschleife dengan catatan masa 6.55.00 pada tahun 2005. Sebagai perbandingan, Ferrari 488 Pista mencatatkan masa 7.00.03 di litar yang sama pada tahun 2019.

Bukan itu sahaja. Syarikat SmartBUSA yang merupakan bengkel modifikasi berpangkalan di United Kingdom menawarkan khidmat menukar enjin asal kerete Smart For Two kepada enjin Suzuki Hayabusa. Gila tak gila Tuan-Tuan. Smart tu kereta kecil sahaja. Memang kereta untuk dipandu di bandar. Dibantainya masuk enjin Hayabusa yang mampu rev sehingga 11,000RPM. Boleh tengok di Youtube hasil kerja mereka.

 

Bacaan Ekstra: Mini + enjin Suzuki Hayabusa = Mizuki. 

Jadi Tuan-Tuan. Inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan tentang fakta menarik Suzuki Hayabusa.

Untuk pengetahuan, Suzuki Hayabusa telah dilarang untuk dijual di pasaran Eropah bermula tahun 2019. Hal ini kerana Suzuki Hayabusa gagal untuk mematuhi piawaian emisi Euro 4 yang sudah dikuatkuasa mulai tahun 2016 lagi.

Walaubagaimanapun, motosikal ini akan kekal dikenang sebagai lagenda tidak kira di ceruk mana sekalipun. Siapa tak gentar dengan nama Hayabusa.

Penulis: Ahmad Omar

Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…