Kit Performance Hayabusa lengkap dengan Akra, RM14.7k sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Suzuki Hayabusa Performance
Suzuki Hayabusa Performance
Suzuki Hayabusa sememangnya sebuah motosikal ikonik. Sama ada dari segi reka bentuk atau prestasi, motosikal ini berada pada aras tersendiri.

Bagi menjadikannya lebih istimewa, Suzuki di United Kingdom memperkenalkan pek aksesori Performance untuk jentera hypersport ini.

Harganya lebih murah iaitu  £2,599 (RM14,767) atau penjimatan sebanyak £1,112 (RM6,318) jika dibeli secara berasingan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang terkandung di dalam pek aksesori Performance Hayabusa?

 

Suzuki Hayabusa Performance

 

Komponen paling utama ialah sepasang peredam titanium Akrapovič dengan penjimatan berat empat kilogram dan peningkatan kuasa sebanyak 2.7 hp.

Peredam ini mempunyai muncung dan pelindung haba dari gentian karbon dan tampil eksklusif dengan logo  Akrapovič dan Hayabusa ukiran laser.

Lagi kelengkapan ialah tuil brek dan klac aluminium yang turut mempunyai logo Hayabusa dan penutup tempat duduk pembonceng belakang.

 

Suzuki Hayabusa Performance

 

Tempat duduk depan pula didatangkan dengan sulaman merah berserta logo Hayabusa. 

Lagi logo Hayabusa ditempatkan pada pelapik tangki dalam warna emas atau perak mengikut kesesuaian motosikal.

Hayabusa di UK, £16,499

 

Suzuki Hayabusa Performance

 

Di UK, Suzuki Hayabusa dijual pada harga £16,499 (RM93,747) dan model generasi ketiga ini tampil dengan pelbagai komponen enjin baharu.

Di antaranya ialah omboh, rod penyambung, aci engkol dan aci sesondol bagi mempertingkatkan prestasi dari julat rev rendah hingga ke pertengahan.

Hayabusa dengan sesaran enjin 1,340 cc berkuasa 190 ps pada 9,700 rpm dan tork 150 Nm pada 7,000 rpm.

 

Suzuki Hayabusa Performance

 

Dari segi elektronik, Hayabusa dilengkapi sepuluh mod kawalan cengkaman, tiga mod kuasa, tiga peringkat kawalan mula, ABS dengan sensitiviti sudut condong dan kawalan jelajah. 

Seperkara lagi menarik, Hayabusa masih mengekalkan jarum analog yang ditemani paparan TFT berwarna.

Kepada peminat tempatan, Hayabusa sudah pun berada di pasaran dan dijual pada harga RM111,200.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Suzuki Hayabusa Performance

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Golf R 333 itu masih mengekalkan nadi EA888 2.0 liter turbo, dimana ia menghasilkan kuasa tambahan…
Berita Global
Untuk memastikan penawaran Bentley Bentayga lebih menarik, Bentley telah melancarkan empat pakej…
Berita Global
  CUPRA Ateca LE digerakkan enjin 2.0 liter TSI dengan transmisi tujuh kelajuan DSG dan pacuan…