Pakej Merdeka itu kini disertai oleh dua lagi model skuternya, dimana harga tunai ditawarkan bermula dari RM9,000 untuk Vario 125 dan RM12,200 untuk Vario 160 (RM12,500 warna Mat Charcoal Grey Metallic).
Umum mengetahui bahawa harga jualan bagi motosikal baharu bukanlah seperti kereta, dimana harga yang disyorkan oleh pengeluar boleh dimanipulasi oleh pengedar-pengedar, dimana kebanyakannya dengan harga yang tidak masuk akal.
Inisiatif pakej harga tetap ini merupakan salah satu langkah yang baik oleh Boon Siew bagi mengatasi masalah harga motosikal yang tidak tetap dan dimanipulasi secara melampau oleh pengedar tidak bertanggungjawab.
Untuk permulaan juga, pakej harga tetap itu hanya boleh didapatkan dari pengedar Impian X sepanjang tempoh tawaran bermula dari 7 Julai hingga 3 September 2023.
Menurut Boon Siew juga, mereka yang membeli dari pengedar Impian X tanpa pakej harga tetap sepanjang tempoh tawaran itu boleh membuat aduan kepada Boon Siew Honda.