Honda Rebel 2023 - tiga warna baharu, dari RM33,899

oleh Mohamad Hanif|
Pembeli model cruiser Honda Rebel kini boleh memilih tiga warna baharu untuk model tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl Smoky Gray.


 

Candy Diesel Red
Mat Gunpowder Black Metallic
Pearl Smoky Gray


Cruiser gaya bobber klasik Honda Rebel 2023 masih kekal dengan penawaran enjin parallel-twin 471 cc sejukan cecair dengan kuasa setinggi 46 hp @ 8,500 rpm, dan daya kilas puncak 43.3 Nm @ 6,000 rpm.
 

rebel


Selain daripada ciri seperti kedudukan pelana yang rendah (690 mm), Honda Rebel 2023 mengekalkan ciri seperti klac Assist/Slipper, fork hadapan Showa, sistem lampu LED serta sistem brek ABS dua saluran.

Harga jualan Honda Rebel 2023 bermula dari RM33,899 dan boleh didapati menerusi wakil BigWing yang sah di Georgetown, Setapak, Petaling Jaya dan Johor.