Honda RS-X 2024 terima satu lagi warna baharu - Mat Ion Blue Metallic, dari RM9,798

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Boon Siew Honda hari ini telah memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk model Honda RS-X 150 2024, iaitu Mat Ion Blue Metallic.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22 Februari 2024, dengan harga disyorkan bermula dari RM9,798 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

2

Selain warna baharu, RS-X 150 kekal dikuasakan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang mampu menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.

Antara ciri standard lain termasuklah sistem brek ABS saluran tunggal di hadapan, serta lengkap bersama unit lampu LED penuh dan meter digital penuh.