"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Ketika dihubungi, Mohd Khaizam berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat namun akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik kertas siasatan mengenainya selesai selain keterangan semua saksi kejadian diambil.
Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang kelak dapat mengganggu siasatan.