Kereta ekzos bising masuk New York bakal disaman!

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan peranti perangkap bunyi bising bukan satu perkara yang aneh, malah beberapa bandar besar di dunia sudah pun mula menggunakan alat tersebut bagi mengesan pemilik kereta yang melanggar peraturan bunyi yang telah ditetapkan.

Jadi, jika anda memiliki kereta yang bising dan tinggal di bandar New York, anda mungkin bakal menerima surat saman daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar di sana.

Ini kerana, berdasarkan hantaran di Facebook Lowered Congress, pihak berkuasa sudah pun mula menjalankan penguatkuasaan terhadap seorang pemilik BMW M3 yang didapati mempunyai sistem ekzos yang bising dan tidak menepati peraturan Seksyen 368 Undang-undang Kenderaan dan Lalu Lintas New York.

 


Surat itu meminta pemilik untuk hadir ke lokasi yang telah ditetapkan untuk tujuan pemeriksaan dan sekiranya pemilik gagal hadir mereka boleh dikenakan denda maksimum $875 (RM3,663) tidak termasuk penalti tambahan yang bakal dikenakan akibat gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Menurut laporan daripada Road & Track, wakil daripada Jabatan mengesahkan langkah yang dilaksanakan pada ketika ini merupakan sebahagian daripada program perintis yang sudah pun bermula sejak September 2021.
 


Difahamkan, sistem ini menggunakan kombinasi meter desibel yang mampu merakam bunyi bising yang dihasilkan, serta sistem kamera untuk mengesan pesalah berdasarkan nombor pendaftaran yang terpapar pada kenderaan.

Program perintis ini akan dinilai semula pada 30 Jun ini untuk memutuskan sama ada ia patut diteruskan ataupun dihentikan.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenapa bandar tersebut dipilih? Menurut penerangan menerusi saluran Youtube Mobileye, bandar New…
Berita Global
Pada malam terakhir, sebuah kebakaran berlaku di premis seberang jalan dan pihak bomba berkata itu…
Berita Global
Walaupun bandaraya Paris dan Santa Monica (di California) sudahpun membenarkan e-skuter dan e-…