Untuk model tahun 2024, pengeluar itu telah mengemaskini penawaran varian tersebut dengan menggunakan trim SE, membawakan tema hitam yang serupa, serta rim aloi bersaiz 18 inci berwarna gangsa.
Selain itu, Corolla Nightshade Special Edition itu juga didatangkan dengan lencana yang dihitamkan, diikuti dengan perumah cermin sisi gelap, jeriji hadapan dengan sport mesh, panel rocker hitam dan antera sirip jerung juga berwarna hitam.
Sementara versi hatchback pula didatangkan dengan sayap sport berliang yang besar serta layangan warna dua tona dengan bumbung berwarna hitam.
Corolla edisi Nightshade SE akan ditawarkan dalam versi hibrid, menampilkan enjin 1.8 liter (dan dua motor elektrik) berkuasa 138 hp, sementara versi bukan hibrid membawakan nadi 2.0 liter berkuasa 169 hp.
Untuk ruang kabin, Corolla Nighshade 2024 ini menampilkan tempat duduk sports dengan kemasan fabrik, sistem infohibur lapan inci, sistem audio JBL Premium, Toyota Safety Sense 3.0 serta pakej SE Premium yang menambah bumbung bulan, pengecasan peranti tanpa wayar Qi, sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.