Trak pikap daripada keluarga Toyota Corolla dalam pertimbangan - laporan

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Kleber Silva / Behance
Toyota Corolla kini sudah memasuki generasi ke-12 di mana ia muncul di pasaran sejak daripada tahun 2018 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station wagon, crossover Corolla Cross dan hot hatch GR Corolla.
 

Corolla


Apa yang menarik perhatian, keluarga Corolla dikatakan bakal menerima sebuah lagi bentuk badan baharu, kali ini dalam bentuk trak pikap kecil!

Menurut laporan daripada Automotive News, model pikap yang menggunakan asas daripada Corolla itu masih lagi di dalam fasa perbincangan, namun sekiranya ia mendapat lampu hijau, model tersebut akan diposisikan di bawah model Toyota Tacoma.
 

corolla


Ini bermakna, ia akan menggunakan pendekatan yang sama seperti Ford Maverick, dengan binaan badan unibodi, jarak lega bumi yang sedikit tinggi, dan keupayaan yang sesuai untuk trak tugas ringan di dalam bandar.

Difahamkan, trak Corolla ini akan muncul seawal tahun 2027, dan ini bermaksud Toyota akan membangunkan model baharu ini berdasarkan Corolla generasi berikutnya, dan bukannya model generasi ke-12 yang dijual pada ketika ini.

Sumber: Automotive News, Kleber Silva / Behance, Theophilus Chin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain naik taraf tersebut ada lagi buah tangan dari Toyota iaitu Corolla Active Sport untuk…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…
Berita Global
Untuk model tahun 2024, pengeluar itu telah mengemaskini penawaran varian tersebut dengan…