Toyota tiada perancangan bangunkan trak kecil pesaing Maverick buat masa ini

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Theophilus Chin
Awal bulan Ogos yang lalu, laman Automotive News melaporkan Toyota sedang mempertimbang perancangan untuk membangunkan trak pikap kecil daripada keluarga Corolla.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia ada, serta diposisikan di bawah Toyota Tacoma, memandangkan Hilux tidak dijual secara rasmi di pasaran Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaharu, laman Automotive News mendedahkan bahawa ute bersaiz kompak tidak termasuk di dalam agenda Toyota buat masa ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Naib Presiden Toyota Amerika Utara, David Christ di mana mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan model yang dimaksudkan sebelum ini.

Namun begitu, beliau mengakui Toyota sedang mengikuti perkembangan Maverick dengan lebih rapat, dan perancangan untuk menghasilkan trak yang lebih kecil merupakan “sesuatu yang kami sedang lihat buat masa ini”.

Dave Christ juga mengakui terdapat permintaan daripada pengedar Toyota di seluruh Amerika Syarikat untuk menawarkan sebuah model yang dapat memberikan saingan kepada Ford Maverick.

Sementara itu, pengerusi Majlis Pengedar Kebangsaan Toyota Steve Gates percaya kehadiran trak pikap yang lebih kecil mampu menjana jualan yang besar tanpa mengorbankan permintaan terhadap trak yang lebih besar seperti Tacoma atau Tundra.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu…
Berita Global
Proses penghantaran kumpulan pertama Cybertruck pula akan dibuat dalam masa terdekat. Belum pun…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kenderaan suspek…