Namun, model tersebut masih lagi kekal dalam barisan produksi di kilang China sehingga tahun 2017.
Setelah itu, ia digantikan dengan model JMC Teshun, di mana secara asasnya merupakan kenderaan yang sama namun dengan rekaan muka depan baharu serta kemasan dalaman yang berbeza.
JMC Teshun kini didatangkan dalam versi van elektrik, di mana ia kini didatangkan dengan muka hadapan yang lebih moden (seakan muka Storm Trooper).
Namun, bermula dari tiang A ke belakang, JMC tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa van ini sebenarnya datang dari era 80-an.
JMC Teshun Touring EV ini mampu menawarkan ruang kargo sebesar 7,000 hingga 11,000 liter.
Sebagai sebuah EV, JMC Teshun dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 65 kWh, dengan jarak gerak sehingga 300 km mengikut data CLTC, atau sehingga 500 km jika ia dipandu pada 'kelajuan malar'.
Tempoh pengecasan sehingga 80 peratus boleh diselesaikan dalam masa sekitar 40 minit, menurut kata JMC.
Motor elektrik tunggal pada gandar hadapan mampu menghasilkan kuasa setinggi 163 hp dan 320 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j mampu memakan masa sekitar 15 saat.
Baca: Ford Transit