Custom X dari Carlex Design - Ford Transit Custom dengan kit badan agresif

oleh Mohamad Hanif|
Seorang ketua keluarga perlu membuat keputusan yang bijak untuk mengimbangi nafsu modifikasi bagi menghasilkan kenderaan yang tampak sporti, dan juga mampu membawa seisi keluarga dengan selesa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mendapatkan sebuah MPV sporti yang diinginkan, anda mungkin boleh merujuk kepada hasil kerja terkini daripada Carlex Design yang menggunakan asas daripada sebuah Ford Transit Custom.

Kerja modifikasi yang dikenali dengan nama Custom X itu menampilkan beberapa perubahan seperti penggunaan bampar hadapan serba baharu yang dilengkapi dengan apron dan bilah sisi, gril kustom dengan logo Carlex Design, skirt sisi dan fender yang dilebarkan.

 


Sementara bahagian belakang pula turut menampakkan bampar baharu dengan diffuser, kemasan krom pada tip ekzos dan diakhiri dengan spoiler bumbung dengan kemasan aksen merah.

Untuk kawalan yang lebih meyakinkan, Carlex Design memasang rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Micheli Pilot Sport 4 bersaiz 255/45.

 


Kemasan agresif di bahagian luar turut dibawakan pada bahagian kabin di mana tempat duduk hadapan telah digantikan dengan bucket seat yang dibaluti kulit hitam dan Alcantara, sementara tempat duduk baris kedua dan ketiga turut menggunakan bahan yang serupa.

Roda stereng juga menampilkan balutan bahan kulit/Alcantara dengan reka bentuk yang dikemaskini bagi menyenangkan tangan pemandu.

 


Tidak cukup dengan itu, Carlex Design menawarkan beberapa opsyen seperti palang menunda daripada Westfalia, serta aplikasi memalsukan bunyi enjin yang membolehkan anda menikmati runut bunyi V8 walaupun dalam keadaan enjin standard kilang sepenuhnya.

Untuk pakej yang disebutkan diatas, anda perlu membayar harga bermula dari €6,495 (RM31,868) di Jerman.

Berita Berkenaan

Berita Global
V70 didatangkan dengan platform serba baharu dan bakal bersaing secara terus dengan Ford Transit…
Berita Global
Dari segi rupa paras, Transit Custom membawakan persamaan rekaan dengan model e-Transit Custom.…
Gaya Hidup
Namun, anda perlu lihat contoh campervan Ford Transit Custom yang dibina oleh  MS-RT dan Wellhouse…