AEONrv hasilkan overlander Ford Transit dengan keupayaan off-road!

oleh Mohamad Hanif|
AEONrv bukanlah sebuah produk recreational vehicle atau overlander yang dihasilkan oleh pusat membeli belah terkemuka Aeon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sebenarnya merupakan akronim kepada All-Season, Electric, Off-road, New and modern RV - syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan overlander yang menggunakan asas daripada Ford Transit ini.
 

AEOnrv


Menurut keterangan yang diperoleh daripada laman web AEONrv, syarikat ini ditubuhkan oleh dua orang jurutera perisian Silicon Valley yang mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti overlanding ini.

Menggunakan asas daripada Ford Transit 1-ton SRW cutaway chassis, AEONrv ini dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 Ecoboost turbo berkembar yang mampu menghasilkan 306 hp dan 542 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dengan keupayaan menunda beban sehingga 6,779 kg.
 

AEONrv


Untuk pemanduan off-road, AEONrv ini dilengkapi dengan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 dengan rim keluli tugas berat 16 inci, lift kit dua inci Van Compass, penyerap hentak belakang kustom, skid plate, serta bantuan pencahayaan bar LED 30k lumens sepanjang 32 inci.

Pihak AEONrv turut melengkapkan pek bateri BattleBorn LiFePO4 berkapasiti 8.2 kWh (boleh dinaiktaraf ke 13.6 kWh), inverter, bateri alternator, panel solar 700 watt, serta sistem kawalan/pemantauan elektrik Victron Cerbo GX yang lengkap dengan skrin sentuh.
 

AEOnrv


Ruang belakang AEONrv ini boleh memuatkan sehingga empat orang (dua dewasa, dua kanak-kanak) tidur, meja boleh laras, peti sejuk 122 liter, bilik air, tandas kaset, tangki air bersih 250 liter, tangki air panas 30 liter, tangki air kumbahan 106 liter, tidak ketinggalan sistem pendingin hawa dan pemanas serta kehadiran ruang storan yang mencukupi.

Di bahagian bumbung pula terdapat slot yang disediakan untuk pemasangan WiFi atau antena booster bagi menarik gelombang selular.
 

AEOnrv


Senarai opsyen yang ditawarkan juga cukup panjang, dan anda boleh mendapatkan AEONrv ini bermula dari $194,500 (RM805.425).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berpengalaman dalam melakukan pengubahsuaian terhadap trak overlander Hilux, syarikat Australia itu…