Jelas kenyataan itu, pihaknya menerusi Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut dan Tunda Kenderaan di lokasi terbabit ekoran maklumat serta aduan orang awam.
“Sejumlah lapan motosikal dan enam kereta dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL, Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun dan penyimpanan sementara.
“Kami turut mengeluarkan 44 notis kompaun pelbagai kesalahan lalu lintas lain sepanjang operasi tersebut dijalankan.
“Kesemua tindakan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya dalam hantaran di Facebook, pada Khamis.