Video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial yang memaparkan aksi kereta dipercayai mengikut rapat kenderaan di hadapanya bagi melepasi palang tol.
Menurut hantaran di laman Facebook, kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu di Seksyen 24 Shah Alam menghala ke Kota Kemuning, di mana kadar tol yang dikenakan untuk kenderaan Kelas A hanyalah RM1.56 sahaja.