Bezza model Perodua paling laris Jan-Jun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, Perodua telah menghasilkan sebanyak 153,813 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan Perodua Bezza masih lagi merupakan model terlaris di mana sebanyak 40,555 unit telah terjual, diikuti Perodua Myvi (32,319 unit) dan Perodua Axia (28,199 unit).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, "Prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2023 disumbangkan oleh bekalan komponen yang mencukupi serta peningkatan kecekapan pengeluaran di kilang kami."

Tambahnya lagi, Perodua kini berada di landasan yang tepat untuk memenuhi sasaran pengeluaran 330,000 dan sasaran jualan 314,000 yang telah ditetapkan.

Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah catatan 'tact time' (masa diperlukan untuk menghasilkan sesebuah kenderaan) yang lebih pantas daripada 1.35 minit kepada 1.25 minit di kilang Perodua Global Manufacturing (PGMSB).
 

axia


Untuk perbandingan suku-ke-suku, Perodua telah mengeluarkan sebanyak 69,013 unit kenderaan untuk tempoh suku kedua 2023, meningkat satu peratus daripada 68,316 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Dari segi jualan pula, sebanyak 66,126 unit kenderaan telah terjual untuk tempoh yang sama berbanding 65,719 unit tahun lalu.

Dalam pada itu, Dato' Sri Zainal turut menjangkakan pengeluaran dan jualan Perodua akan terus meningkat berikutan permintaan yang kekal kukuh.

"Sebagai contoh, Axia E yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan baik, dan stok sedia ada sebanyak 2,500 kenderaan telah diedarkan sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2023 disumbangkan oleh bekalan komponen yang mencukupi serta peningkatan kecekapan pengeluaran di kilang kami,

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Beliau berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terbalik setelah melanggar belakang…
Informasi
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! “Dengan keputusan ini,…