Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan dijual setahun yang lalu, seperti Toyota Yaris Ativ (Vios), Toyota Agya, Perodua Axia serta sebuah lagi model yang sedang dibangunkan oleh Daihatsu.
Daihatsu juga akan menghentikan sementara penghantaran model tersebut ke 11 pasaran di luar Jepun seperti Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Indonesia dan Mexico.
Menurut laporan Bloomberg, kereta-kereta ujian tersebut telah dipasangkan dengan trim pintu berbeza berbanding kemasan yang dijual kepada umum dan dikatakan mampu mempengaruhi data ujian pelanggaran.

Daihatsu menjelaskan ujian penilaian akan dilakukan semula dan jualan akan disambung selepas model kenderaan tersebut diperakui dengan betul.
Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Toyota Akio Toyoda menjelaskan model-model Toyota telah menjalani ujian keselamatan dalaman dan mereka tidak menemukan sebarang masalah.
"Inisiden ini melibatkan kereta yang dijual dibawah jenama Toyota, jadi ia bukan sahaja memberikan kesan kepada jenama Daihatsu, tetapi juga kepada jenama Toyota," ujarnya.
"Kami akan menyiasat hal ini untuk mengenal pasti punca, memastikan keselamatan pemandu dan mengelakkan ia daripada berulang kembali.
Sumber: Bloomberg