Eksport EV di China melonjak atas permintaan pasaran Eropah

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Menurut laporan dari Bloomberg, angka eksport EV yang dihasilkan di China telah meningkat, dan kebanyakannya disumbang oleh permintaan dari Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EV dari hasil pengeluar kereta di China bernilai USD3.2 billion (RM14.1 billion) telah dieksport pada bulan November, memberikan peningkatan sehingga 165% berbanding tahun lalu.

Data daripada pihak berkuasa kastam China menunjukkan, negara-negara Eropah seperti Belgium dan England adalah pengimport terbesar, mengambil hampir 70% daripada eksport tersebut.

 

carta

 

Eksport kenderaan penumpang elektrik menyumbang lebih separuh daripada jumlah penghantaran kereta selama dua bulan berturut-turut.

Semua angka itu terhasil apabila pembuat kereta Eropah, termasuk Volkswagen AG dan BMW AG, bertujuan untuk membuat alat ganti dan kereta di dalam China kerana kapasiti pengeluaran terhad di pasaran negara mereka.

SAIC Motor Corp., pemilik China bagi jenama British MG Motors, juga telah mengembangkan rangkaian pengedarannya untuk menjual kenderaan elektrik di Eropah melalui import.

 

tesla

 

Manakala Tesla pula menghantar lebih 37,000 kereta dari China bulan lepas, selepas hanya mengeksport 60 buah pada Mac dan terhenti bermula April, apabila syarikat itu menghentikan pemasangan kerana penutupan kilang di Shanghai.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…