PERTAMA KALI BALIK RAYA BERSAMA EV BYD ATTO 3 - OKAY KE NAIK EV?

oleh Firdaus Razani|
Mungkin sebelum ini, ramai yang pertikaikan kebolehan kenderaan elektrik (EV) untuk bergerak jauh ataupun bilangan pusat pengecasan EV yang ada ketika ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan kelebihan EV di Malaysia terutamanya.

 

byd

 

Kini, penulis jawab persoalan dalam fikiran anda, mungkin informasi dan kisah penggunaan EV ini dapat menjadi info tambahan mengenai penggunaan EV.

 

BYD
Cas bagi penuh dulu di Bangi sebelum gerak balik raya ke Gelang Patah

 

Sejujurnya, memang saya berasa agak kurang yakin dengan kebolehan EV untuk bergerak jalan jauh pada mulanya, walaubagaimanapun, selepas memandu, ia tidaklah begitu hampa.

Sepanjang perjalanan, memandu EV ini boleh dikatakan agak ‘nyaman’ berbanding memandu kereta enjin biasa.

Dari segi prestasi, tidak disangkal, Atto 3 ini walaupun ia sebuah kereta SUV, namun ia mampu mencapai prestasi yang agak baik, terutama sekali untuk halaju dan kawalan pemanduan.

 

byd

 

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, semakin banyak kita menggunakan tenaga bateri tersebut untuk mencapai kelajuan tinggi, semakin cepat peratusan bateri menurun.

Namun, ia bukanlah isu utama, kerana saya tahu akibat daripada tindakan tersebut, dimana saya perlu mengecas EV Atto 3 ini supaya dapat teruskan perjalanan.

Oleh itu, perancangan perjalanan perlu dibuat dari awal sebelum lakukan perjalanan, terutama sekali, mengenalpasti stesen pengecasan yang berada di sepanjang jalan.

 

byd
Berhenti sebentar di Stesen Pengecasan EV di Ayer Hitam

 

Tambahan itu juga, berdasarkan pemerhatian saya, menunggu mengecas penuh EV dari peratusan rendah, ini juga boleh memberi waktu rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan seterusnya dengan lebih bertenaga.

 

byd

 

Jadi, ia bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik tentang penggunaan EV ini, yang penting kena bijak rancang perjalanan.

Beraya di Gelang Patah, tapi menggunakan EV di bandar seperti di Johor Bahru adalah satu perkara yang menarik kerana untuk perjalanan ke suatu daerah mengambil jarak yang jauh.

 

byd
Di Kota Iskandar atau Gelang Patah, tak perlu risau, memang ada pengecasan DC 60kW..

 

Dengan itu, Atto 3 diuji penggunaannya, merentasi laluan bandar seterusnya laluan luar bandar, dimana dengan jarak gerak anggaran 480km Atto 3 ini sudah memadai untuk memandu di Johor Bahru.

Baiklah, mungkin perjalanan pulang beraya ke Gelang Patah tidak begitu mencabar untuk menggunakan EV, mungkin untuk cuti panjang seterusnya saya akan menguji sendiri penggunaan EV menghala ke Pantai Timur?

 

byd

 

Jadi kesimpulannya, EV juga boleh dipertimbangkan untuk perjalanan yang jauh, tapi perlu diingatkan, kena tahu jarak gerak EV tersebut dan rancang perjalanan sebaiknya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Versi dinaik taraf bagi SUV elektrik yang memenangi anugerah itu menggariskan komitmen BYD terhadap…
Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
Terbaharu, BYD dilapor bakal melancarkan sebuah (lagi) crossover berkuasa elektrik yang dikenali…