Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan berlaku, melambatkan lagi operasi menyelemat.
Menurut Aito, kenderaan itu sedang bergerak pada kelajuan 115 kmsj semasa kemalangan dan sistem pemanduan pintar itu dibangunkan oleh Robert Bosch, syarikat pengeluar komponen dan kejuruteraan automotif Jerman.
Namun begitu, sistem itu menjadi tidak aktif pada kelajuan setinggi tersebut kerana ia diluar jangkauan operasi AEB.
Aito juga menambah bahawa unit yang terbabit tidak dipasang dengan sistem pemanduan pintar yang dibangunkan oleh Huawei sendiri.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Aito di dalam platform media sosial China, Weibo tetapi ia telah diturunkan.
Bosch kemudian mengeluarkan kenyataan di dalam Weibo pada 29 April dan mendakwa kenderaan itu tidak dipasang dengan sistem pemanduan pintar mereka seperti yang didakwa.
Kemalangan itu masih dalam siasatan tetapi ia membawa impak yang kuat di dalam industri automotif China.
Yang pasti, informasi berkaitan sistem pemanduan pintar memerlukan penerangan yang lebih jelas dan iklan-iklan dari syarikat automotif tidak boleh memberikan fakta-fakta yang tidak jelas atau terbukti.
Insiden itu juga mencalar nama Huawei di dalam industri automotif di mana gergasi telekomunikasi itu sedang mencuba untuk mencari titik paut bagi memperluaskan rangkaian produk yang menggunakan teknologi mereka sendiri.
* Laporan penuh di Asia Nikkei.