50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat Proton Global Services.
Semua Iriz tersebut telah menjalani pengubahsuaian khusus untuk kegunaan pelajar mengikut standard yang ditetapkan oleh JPJ.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, “Proton berbangga untuk terus memainkan peranan dalam membantu mendidik dan melatih pemandu baharu Malaysia."
"Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan keselamatannya."
"Kami menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah memandu untuk mempertimbangkan Proton ke dalam senarai mereka.”
“Sekolah memandu adalah titik pertemuaan yang bagus untuk Proton mendekatkan diri dengan generasi muda. Dengan kerjasama Metro Driving Academy, kami boleh mempamerkan ciri-ciri yang ditawarkan oleh produk kami dan memanfaatkan jiwa pembeli kereta kali pertama yang berpotensi.”