Proton capai jualan tertinggi dalam tempoh sembilan tahun, 15880 unit sepanjang Ogos

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Ogos 2022, Proton telah berjaya mencatatkan serahan kenderaan sebanyak 15,880 unit menggandingkan jumlah jualan domestik dan eksport, sekaligus mencapai jualan bulanan terbaik semenjak Julai 2013.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 39.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu (62,637 unit).

Ini meletakkan Proton di tempat kedua di dalam carta jualan automotif nasional, dengan pegangan pasaran sebanyak 23.7 peratus untuk bulan Ogos, dan pegangan pasaran tahunan meningkat kepada 19.5 peratus.

Daripada jumlah tersebut, Proton X50 kekal kukuh dengan jumlah penyerahan sebanyak 4,329 unit, diikuti Proton X70 sebanyak 1,555 unit.

Proton Saga kekal menjadi sedan paling laris terjual, dengan 6,156 unit telah berjaya diedarkan, menjadikannya model ketiga paling popular di Malaysia pada bulan Ogos.

Sementara itu, Proton Persona mencatatkan jumlah 2,612 unit, prestasi terbaiknya sejak Februari 2020, manakala Proton Iriz pula sebanyak 962 unit.

Proton Exora 2023 yang baharu sahaja dilancarkan mengekalkan kedudukannya di dalam pasaran MPV Segmen C dengan 266 unit telah diserahkan.

 “Operasi pengeluaran PROTON telah stabil dengan empat bulan lagi sebelum tahun 2022 berakhir. Bekalan komponen kami kini lebih konsisten dan terurus demi memastikan kami dapat menghasilkan sebanyak mungkin kereta. Dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan trak penghantaran lebih 100% menjelang akhir tahun. Langkah ini adalah untuk memastikan pengedar menerima stok secepat mungkin dan seterusnya, ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang sabar menunggu kenderaan mereka,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.
 

Proton


Bulan lalu, jumlah jualan eksport PROTON mengatasi volumnya berbanding tahun lepas. Dengan 938 unit dieksport pada bulan Ogos, syarikat telah mencapai jumlah bulanan yang tertinggi semenjak Mac 2013, jurang sebanyak 113 bulan.

Ini telah meningkatkan jumlah eksport untuk tahun 2022 kepada 4,040 unit dan mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengeksport kenderaan utama Malaysia.

Bagi jualan model individu untuk Ogos, Proton X70 dan Proton X50 mencatat rekod eksport peribadi baharu manakala Proton Saga mencapai angka eksport terbaiknya sejak Mac tahun ini.

Pertumbuhan dijangka meningkat pada lewat tahun ini dengan pelancaran rasmi semula PROTON di Afrika Selatan dijadualkan pada bulan September.

“Jualan eksport PROTON terus mencapai tahap baharu setiap bulan dan membuktikan bagaimana jenama berjaya memenangi pelanggan baharu di luar pasaran domestik. Jualan eksport adalah penting untuk syarikat mencapai matlamat jangka panjangnya dan membantu meningkatkan imbangan perdagangan untuk Malaysia sambil mempamerkan kualiti dan kepintaran pembekal Malaysia,” tambah Roslan Abdullah

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
Proton kekal di tangga kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan unjuran…