Kejadian ini berlaku pada 27 Oktober 2022, melibatkan kecurian sebuah Lincoln Aviator yang berlaku di premis Ford bertempat di Dearborn, Michigan.
Kes kecurian ini merupakan salah satu daripada berpuluh-puluh kes kereta yang dilaporkan hilang pada tahun lalu.
Dengan bantuan teknologi kamera pengesan haba (thermal camera) pada helikopter polis, suspek kecurian itu berjaya dikesan sedang berbaring dia atas bed belakang trak pikap yang diletakkan sementara menunggu pemilik barunya.
Trak pikap itu merupakan sebuah Ford F-150 Raptor serba baharu berwarna oren.
Tindakan suspek yang menganggap keluasan bed dan ketinggian trak bersama suasana gelap itu sebagai tempat persembunyian yang sesuai merupakan satu kesilapan yang besar.
Helikopter polis yang dilengkapi kamera pengesan haba itu dengan mudah mengesan haba yang dikeluarkan badannya.
Setelah kamera pengesan haba berjaya mengesan suspek itu, juruterbang helikopter memaklumkan kepada unit dan pegawai polis di daratan tentang lokasi suspek bersembunyi.
Selepas pegawai polis bergegas ke lokasi persembunyian itu, suspek berjaya ditahan dalam masa yang singkat.
Here is a Trooper Two video assisting Dearborn Police getting another criminal off the street. pic.twitter.com/8h6Fdot6OV
— MSP Second District (@mspmetrodet) October 27, 2022
Sumber: Carscoops
Penulis: Ahmad Danial Yasin