Ford F-150 2024 facelift tampil dengan muka baru, pintu belakang inovatif

oleh Mohamad Hanif|
Tiga tahun selepas diperkenalkan, Ford tidak perlu menunggu dengan lebih lama untuk memperkenalkan kemaskini terbaharu bagi menjadikan trak paling laris F-150 lebih malar segar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara yang paling ketara dibawakan ialah terdapat dua jenis 'muka hadapan' yang disediakan bergantung kepada trim.

Versi biasa (serta F-150 Raptor) menampilkan unit lampu utama yang direka semula, dengan jalur LED berbentuk C yang besar pada penghujung.
 

F-150


Varian khusus seperti STX dan Tremor pula membawakan unit lampu dua lapis yang diintegrasikan ke dalam satu struktur jeriji tunggal, di mana unit lampu tersebut dipisahkan dengan jalur LED berbentuk C di bahagian tengah.

Menerusi F-150 2024 facelift juga, Ford juga turut memberikan jawapan mereka kepada pengeluar seperti Ram, Chevrolet dan GMC dengan memperkenalkan ciri pintu belakang Pro Access Tailgate.
 

F-150


Selain daripada bukaan tradisional ke bawah, pintu tersebut boleh dibuka di bahagian tengah dengan sudut 37, 70 atau 100 darjah untuk akses yang lebih mudah kepada bahagian bed belakang.

Ford turut menawarkan kotak storan sebagai ciri standard, namun ciri seperti outlet bekalan kuasa Power Boost dan pintu Pro Access Tailgate itu hanya ditawarkan sebagai opsyen untuk sesetengah varian, dan ciri standard untuk varian tertinggi.

Antara ciri lain yang standard untuk semua trak F-150 ialah skrin kluster digital 12 inci, skrin sesentuh di bahagian tengah, unit lampu utama LED, serta tidak ketinggalan 10 sistem bantuan pemandu.
 

F-150


Seperkara lagi, Ford turut menggugurkan enjin asas bentangan V6 3.3 liter, dan digantikan dengan enjin EcoBoost V6 2.7 liter yang mampu menjana 325 hp dan 542 Nm.

Selain daripada pilihan enjin hibrid, enjin V6 3.5 liter EcoBoost dan enjin V8 5.0 liter, Ford turut mengekalkan enjin V8 5.2 liter dengan pengecas lampau untuk model F-150 Raptor R, dengan kuasa melebihi 700 hp!
 

Ford F-150 Raptor & Raptor R

F-150


Trak pikap berprestasi tinggi F-150 Raptor (dan Raptor R) membawakan perubahan dari segi kosmetik, seperti unit lampu yang disebutkan tadi, kubah kuasa pada hud enjin, serta penawaran warna baharu Shelter Green.

Aspek praktikaliti ditambah baik dengan ciri bampar depan modular untuk memuatkan lebih banyak aksesori dan produk tambahan oleh Ford Performance.

Selain itu, F-150 Raptor dilengkapi dengan sistem penyerap hentak Fox Live Valce, di mana suspensi five-link belakang dilengkapi dengan lengan mengekor yang lebih panjang, rod Panhard, serta spring gegelung 24 inci yang ditala untuk pemanduan berkelajuan tinggi atas padang pasir.

Ford F-150 Raptor tampil dengan enjin V6 3.5 liter berkuasa 450 hp dan 691 Nm.
 

Ford F-150 Tremor

F-150


Selain model Raptor, Ford F-150 Tremor juga turut dilengkapi dengan ciri bampar depan modular untuk disesuaikan dengan rekaan muka hadapan baru model tersebut.

Bampar tersebut boleh dikemaskan dengan warna Tarnished Dark Anodized atau Carbon Black Colors.

Ciri lain termasuklah pelekat Tremor, aksen berwarna jingga, tempat pemijak sisi unik, serta kemasan jahitan dekoratif di bahagian ruang kabin.

Ford F-150 Tremor dibekalkan dengan enjin V8 Coyote berkuasa 400 hp dan 678 Nm.