F-150 Raptor? Bukan, ini F-250 MegaRaptor!

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, kita mungkin merasakan kehadiran Ranger Raptor sudah cukup besar untuk dipandu atas jalan raya, namun di negara yang serba serbi besar, mereka boleh mendapatkan Ford F-150 Raptor yang jauh lebih garang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih besar? Jawapannya, Ford F-250 'MegaRaptor' dari MegaRexx Trucks.

Trak pikap binaan kustom ini dibangunkan berdasarkan Ford F-250 Super Duty Platinum, namun bergantung kepada permintaan, pihak MegaRexx Trucks boleh menerima apa jua model penderma termasuklah F-350, atau F-450!

 


Untuk menjadi sebuah MegaRaptor, MegaRexx Trucks telah menggantikan panel badan asal kepada komponen gentian kaca bespoke, serta fender ultra-lebar depan dan belakang yang menambah sehingga 18 inci kelebaran kenderaan.

Unit lampu ala-ala F-150 Anzo telah dimuatkan di bahagian depan, dibantu dengan penambahan bar LED pada bampar off-road depan.

 


Sistem gantungan pula menggunakan suspensi udara termasuk spring gegelung Icon 4.5 inci di depan, pegas dedaun lima inci di belakang, penyerap hentak Bilstein, track bar boleh laras serta unit pemampat udara terbina dalam.

Modifikasi ini mampu meninggikan lagi jarak kelegaan tanah sedia ada, dan ia disudahi dengan pemasangan roda aluminium bersaiz 20 inci 'Mine-Resistant Ambush Protected' yang dibaluti tayar Michelin XZL bersaiz 395/85R20.

Untuk memudahkan urusan naik turun, pihak MegaRexx memasang papan pemijak sisi Amp Research berkuasa elektrik pada kedua-dua bahagian sisi trak ini.

 


MegaRaptor ini menggunakan enjin Power Stroke 6.7 liter turbo bentangan V8 yang mampu menjana 475 kuasa kuda dan 1,423 Nm tanpa sebarang modifikasi, namun angka tersebut lebih daripada mencukupi untuk bergerak bebas atas apa jua permukaan.

Setiap MegaRaptor memerlukan masa sehingga tiga bulan untuk disiapkan, di mana pihak MegaRexx memerlukan pelanggan mendapatkan model penderma serta wang deposit sebanyak 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kos modifikasi.

Tiada sebarang tanda harga diumumkan, namun melihatkan kepada hasil kerja MegaRaptor, sudah pasti ia bukanlah satu kerja yang murah nilainya.

 


Apatah lagi MegaRexx turut menawarkan pelbagai jenis opsyen yang turut merangkumi layangan warna cat, sistem pencahayaan, suspensi, bampar, rel sisi, kit badan dan bermacam-macam aksesori yang mampu membuatkan kita rambang mata.

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara yang paling ketara dibawakan ialah terdapat dua jenis 'muka hadapan' yang disediakan…
Berita Global
Kejadian ini berlaku pada 27 Oktober 2022, melibatkan kecurian sebuah Lincoln Aviator yang berlaku…
Berita Global
Menurut Chevrolet, Silverado ZR2 menawarkan pakej off-road terbukti yang boleh dibeli terus oleh…